Terbitan Baharu

Kedai Dalam Talian

Acara & Berita

Penerbit UMT Tutup Jendela 2023 dengan Anugerah MAPIM dan Anugerah Buku Negara

Tahun 2023 diibaratkan sebagai tahun cemerlang buat Penerbit UMT dengan meraih anugerah berganda. Terkini, Penerbit UMT telah dinobatkan sebagai Pemenang Utama Penerbit Harapan sempena Anugerah MAPIM-KPT ke-14. Dalam anugerah MAPIM ini, Penerbit UMT turut membawa pulang dua anugerah lain iaitu Pemenang Utama Buku Ilmiah Terbaik Kategori Kemanusiaan dan Sains Sosial dengan buku yang bertajuk Parliament […]

Kelulutologi Raih Anugerah Buku Negara

Pengarang Buku, Profesor Dr. Shamsul Bahri Abdul Razak telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Penerbitan Buku sempena Anugerah Akademik Negara ke-15 yang telah berlangsung pada 31 Oktober 2023. Pengiktirafan tersebut diperoleh menerusi penerbitan buku Kelulutologi yang diterbitkan oleh Penerbit UMT pada tahun 2021. Naskhah tersebut ditulis berdasarkan pengalaman beliau melakukan penyelidikan mengenai kelulut selama 10 tahun. […]

Kunjungan Hormat Penerbit UMT Ke Atas Timbalan Naib Canselor (HEPA)

Kunjungan hormat Penerbit UMT ke atas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Profesor Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain yang baharu dilantik. Kunjungan hormat yang dilaksanakan pada 23 Mac 2023 ini bertujuan untuk memperkenalkan Penerbit UMT dan mengalu-alukan manuskrip baharu sama ada daripada Pejabat HEPA atau pun daripada beliau sendiri.

Penerbit UMT Anjur Hari Bersama Pelanggan

Penerbit UMT telah menganjurkan Hari Bersama Pelangan pada 8 Mac 2023 dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan juga sebagai medan pertemuan empat mata bersama para pelanggan. Selain khusus kepada hal ehwal penerbitan, Hari Bersama Pelanggan ini turut dimeriahkan dengan aktiviti jualan rahmah merangkumi jualan pakaian terpakai dan jualan makanan ringan. Program yang julung kali diadakan […]

Jurnal UMTJUR Diindeks MyCite

UMT Journal of Undergraduate Research secara rasminya telah diindeks oleh MyCite. Pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk mmembawa jurnal ini ke tahap yang lebih tinggi.

Kunjungan Penanda Aras penerbit UMP ke Penerbit UMT

Penerbit UMT menyantuni kunjungan mesra daripada Penerbit Universiti Malaysia Pahang pada 1 Februari 2023. Tujuan utama sesi lawatan kali ini, adalah perkongsian bagi memantapkan lagi fungsi penerbit masing-masing.