Penyunting : Norzaini Azman
Kecemerlangan sesebuah universiti sangat bergantung kepada kewibawaan dan keberkesanan sumbangan ahli akademiknya iaitu bakat intelektual yang berperanan sebagai agen perubahan kepada pelajar, institusi dan masyarakat. Sebagai seorang sarjana atau cendekiawan, ahli akademik perlu menjadi pemimpin dalam bidang ilmunya dan dalam melaksanakan pelbagai peranan akademik. Dalam senario universiti di Malaysia, pembangunan dan pemerkasaan kepimpinan akademik sangat diperlukan untuk membangun potensi dan bakat ahli akademik bagi melestarikan sekitaran atau budaya akademik cemerlang. Lebih ramai pemimpin akademik juga diperlukan bagi meneraju gagasan ekonomi berasaskan pengetahuan.
ISBN: 978-967-0962-02-3 Harga: RM 152.00

Pengarang: Mohd Lazim Penyunting: Mohd Lazim Abdullah

Set Kabur dan Pengukuran Sosial ialah buku tentang pengenalan kepada set kabur yang digunakan dalam pengukuran sosial. Konsep asas darjah keahlian dalam set kabur diterangkan dalam bab-bab awal buku ini. Seterusnya konsep ini diperluaskan dalam penggunaan pengukuran sosial seperti indeks pembangunan manusia dan indeks kemiskinan. Kefahaman tentang konsep keahlian dalam set kabur serta kaitannya dengan nombor kabur perlu difahami agar ia menjadi asas yang kuat kepada penggunaannya dalam pengukuran sosial. Indeks pengukuran sosial yang diungkap dalam darjah keahlian kabur adalah antara pengetahuan baharu yang dapat dimanfaatkan daripada buku ini. Pelaksanaan pengiraan pengukuran sosial secara langkah demi langkah dan penyusunan pengiraan secara sistematik membolehkan kefahaman dibina dengan mudah.

ISBN: 978-967-0962-05-4                                   Price: RM32.00

Pengarang: Hamdan Aziz

Dari tahun 1915 sehingga 2015, genaplah 100 tahun perjuangan Tok Janggut yang gugur syahid di medan perjuangan. Sehubungan itu sebuah manuskrip yang bertajuk “Sejarah Peperangan Tok Janggut di Kelantan” dalam koleksi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PMMe), (MSS 1651) wajar diabadikan bagi mengingati tokoh gemilang ini. Manuskrip asal tertera dalam tulisan Jawi 1940-an boleh dikatakan antara yang lengkap yang menceritakan beberapa elemen seperti susuk tubuh Tok Janggut sewaktu kecil, zaman remaja sehingga saat genting perjuangan menentang British. Berdasarkan sedikit kepakaran, penulis mentransliterasi manuskrip tersebut daripada Jawi kepada tulisan Rumi bagi memudahkan pembaca memahami hasrat sebenar tulisan yang diketengahkan penulis manuskrip. Monograf ini sesuai kepada semua lapisan pembaca kerana dipersembahkan dalam bentuk bahasa yang mudah serta telah ditransliterasi ke dalam tulisan Rumi.

ISBN: 978-967-0962-06-1                                 Harga: RM28.00

Author: Abd. Wahab A. Rahman

 

There is an increasing interest on parasitology, especially in those areas of the subject which are of immediate economic importance to farm animals, including poultry. In Malaysia especially, knowledge on parasites of scavenging chickens is very much lacking. The author begins his work with lucid descriptions of the various types of scavenging chickens possibly found in Malaysia. Studies on parasites of chickens involve many techniques and procedures, and these have been clearly explained in the book. Recognition of the various parasites encompass detailed examinations and descriptions of the morphology of the parasites themselves. It is not surprising then to see lots of illustrations and photographs, each elucidating important characteristics in the recognition and naming of the respective species.  Where possible, both sexes of a parasite are shown together with their respective body measurements. 

 

ISBN: 1823-8556                                                        Price: RM23.00

Author: Noraien Mansor

 

Background knowledge and language proficiency have been the main variables that relate to reading comprehension. Both have positive effects on the students’ reading comprehension performance. The need to teach students appropriate reading strategies is one of the important aspects in teaching reading and it should not be overlooked because reading strategies are used consciously by readers to comprehend texts. Readers with higher background knowledge consisting of topic familiarity, cultural knowledge and previous experience before reading a text would comprehend the text better. Thus, the activation of background knowledge reading strategy is crucial to provide a better pathway in helping the students in their reading comprehension performance.

 

ISBN: 978-967-0962-08-5                                      Price: RM23.00

Pengarang: Mohd Tajuddin Abdullah

 
Syarahan perdana ini bermula dengan mengimbau kembali kenangan serta pengalaman dari zaman formatif semasa menjadi seorang budak kampung sehingga beberapa ketika yang sangat kritikal dalam merebut peluang-peluang keemasan yang datang tanpa dirancang, menghayati peluang menimba ilmu pengetahuan, peluang mendapat kerjaya dan peluang menjana ilmu bersama penyelidik pasca kedoktoran, pelajar-pelajar PhD, MSc dan BSc dalam bidang zoologi sehingga ke tahap kini. Saya juga cuba mengupas perkaitan ilmu evolusi menurut falsafah sains Islam dan konsep pemikiran Barat. Konsep ruang, pembentukan alam semesta serta konsep jangka masa telah diselaraskan menurut falsafah sains Islam dengan konsep jangka masa geologi. Maka seluruh kejadian langit, bumi, gunung-ganang, burung, unggas serta haiwan yang tidak diketahui itu semuanya mempunyai fungsi dan sujud kepada Ilahi.

 
ISBN: 978-967-0962-11-5                                                Price: RM58.00