APPRENDRE LE FRANCAIS I, MODULE DE BBB 3601 (DEUXIEME EDITION)

Pengarang: Sh. Muzdalifah Syed Ahmad

 

Modul ini dihasilkan bagi menambah baik kandungan modul yang sedia ada. Dialog-dialog atau teks yang disusun di dalam sept lecon berkisar kepada situasi dalam kehidupan pelajar yang berpusatkan acre de parole seperti memulakan kontak, memperihalkan diri seseorang/tempat, menerima atau menolak jemputan dan sebagainya. Di setiap bab juga disediakan latihan-latihan bersesuaian yang berkaitan dengan tatabahasa yang dipelajari bertujuan supaya ia dapat membantu dalam penguasaan tatabahasa yang betul.

 

ISBN: 978-967-0524-51-1                      Harga: RM37.00

KITAB 1 FIL MUSTAWA AL-AWWAL LITULLABI AL-LUGHATI AL-ARABIAH

Pengarang: Ismail Muhamad

 

Bahasa Arab merupakan antara bahasa utama dunia yang semakin meluas penggunaannya sebagai bahasa ilmu dan juga bahasa pertuturan. Modul ini direka khusus untuk memudahkan mendalami asas bahasa arab bagi pelajar-pelajar yang masih di peringkat permulaan mempelajari bahasa ini. Bab dan topik yang terkandung dalam modul ini lebih menumpukan kepada persekitaran sekeliling di mana ia membantu pelajar mendalami bahasa arab dengan cepat dan mudah.

 

ISBN: 978-967-0524- 49-8                                Harga: RM26.00

HUBUNGAN ETNIK

Pengarang: Ismar Liza Mahani Ismail, Ruzaini Sulaiman @ Abd. Rahim & Nizaita Omar

 

Secara amnya, modul ini merupakan himpunan nota daripada pelbagai rujukan yang menyentul pelbagai isu berkaitan hubungan etnik khususnya dari segi politik, ekonomi, sosial dan budaya. Ia disusun dengan mengambil kira kepentingan serta perkaitan antara satu sama lain dalam konteks pembinaan negara dan jalinan hubungan masyarakat berbilang kaum.

Olahan dan perbincangan dilakukan dalam ruang lingkup akademik, namun mudah untuk digarap dan difahami bukan sahaja dalam kalangan para pelajar tetapi sesuai juga dibaca oleh masyarakat umum yang ingin mengetahui latar belakang masyarakat dan pembinaan negara Malaysia

 

ISBN: 978-967-0524-56-6          Harga: RM33.00

LET’S TALK & LET’S GO GLOBAL

Authors: Noraien Mansor, et al.,

 

Let’s Talk and Let’s Go Global is unique and interesting in order to enhance English language communication skills and help students to think on a higher plane. This book provides ideas and suggested lesson plans to help English language teachers in helping their students improve their English communication skills. Vrious themes were highlighted such as patriotism, unity and social media so that the resources provided would enable teachers to adapt and use the book to meet their students’ needs.

 

ISBN: 978-967-0524-45-0                      Price: RM19.00

DIALOG MEJA BULAT NAIB CANSELOR

Penyunting: Norzaini Azman, Mohd Fadzil Mohd Idris dan Hii Yii Siang

 

Idea dan amalan terbaik daripada kepimpinan tertinggi universiti penting untuk dikongsi bersama bagi mengangkat kedudukan IPT ke tahap kecemerlangan. Pertemuan Naib Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dalam satu Perbincangan Meja Bulat yang telah diadakan di Pulau Langkawi merupakan peristiwa bersejarah melibatkan hampir semua kepimpinan tertinggi IPT untuk bertukar idea dan berkongsi pengalaman. Perbincangan menyentuh isu pemerkasaan governans, amalan penyelidikan berimpak tinggi, memperkukuh pengajaran dan pembelajaran, pembangunan bakat akademik, dan senario masa depan universiti. Pengumpulan idea dan pengalaman mereka dalam buku ini merupakan khazanah berharga sesuai untuk rujukan pemimpin yang bakal menerajui IPT di masa hadapan.

 

ISBN: 978-967-0524-46-7                      Price: RM56.00

ENERGY SUBSTITUTION POSSIBILITIES EVIDENCE FROM DEVELOPED AND DEVELOPING COUNTRIES

Author: Azlina Abd. Aziz

 

Energy substitution in industrial sector is prominent issue in energy policy circles. During the 1970s, in the aftermath of two major oil price shocks, concerns about the role of energy in the structure of production has been the focus in both developed and developing nations. An important issue has been whether or not these countries were able to deal effectively with increasing energy scarcity. This study investigates the role of energy use in the industrial sector by focusing on the substitution possibilities between factors of production and type of fuels in a framework that allowed the interaction between inter-factor and inter-fuel substitution effects.

 

ISBN: 978-967-0524-57-3          Harga: RM24.00

A SNAPSHOT ON NON TRADITIONAL FACTOR INFLUENCING PLANNNING APPROVAL

Pengarang: Abdul Aziz Abdullah

 

Successful property or project development is the ultimate desire of project owners and house buyers alike. The “nirvana” moment in project development is when a project is completed within the stipulated time and allocated budget and the desired quality has been met. The project life cycle of development project consists of 1) the inception and planning stage, 2) the construction (implementation or execution stage), and 3) post construction (closure) stage. Of the three stages, the inception and planning stage is the most critical stage. The reason is without the planning approval at the planning stage, the second stage of the project development, which is the construction (implementation) stage cannot be executed.

 

ISBN: 978-967-0524-80-1                      Harga: RM20.00

DATA ANALYSIS USING SPSS VERSION 22

Author: Wan Muhamad Amir W Ahmad, Nurfadhlina Abdul Halim, Nor Azlida Aleng @ Mohamad & Mohd Pouzi Hamzah

 

Statistical analysis has rapidly blooms in most research projects nowadays. Results with statistical analysis are much cogent and preferred by most researchers as it reflects more specific finding with strong evidence. Hence, throughout the 14 chapters, this Data Analysis Using SPSS Version 22 book along with Guidance CD shall aid reader on how to analyse the data with proper analysis step and procedures.

 

ISBN: 978-967-0524-58-0                      Harga: RM38.00

DIALOG BAHASA MELAYU: BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU TINGGI

Author: Noraien Mansor, Noor Rohana Mansor

 

Dialog Bahasa Melayu: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tinggi mendokumentasikan hasil perbincangan isu martabat dan pemartabatan bahasa Melayu khususnya di peringkat pengajian tinggi. Dengan dibarisi panelis berwibawa, majis dialog ini bakal merealisasikan tindakan dan hala tuju seterusnya dalam usaha memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu tinggi.

 

ISBN: 978-967-0524-50-4                                 Harga: RM24.00

APPLIED BIOSTATISTICS

Authors:  Wan Muhamad Amir W Ahmad, Nor Azlida Aleng @ Mohamad, Nurfadhlina Abdul Halim, Hanafi A. Rahim

 

Applied Biostatistics discusses the common methods and analysis used in the field of biostatistics. A simple and accurate approach is the very essence highlighted in the book to facilitate the understanding of the reader. This book provides a platform to the reader regarding of the basic concepts and methods in biostatistics that should be known and understood. Further discussion of application is shown through the data analysis using some examples of real situations. Finally, the interpretation technique for the analyzed results is discussed. Through this book, it is hoped that the reader can understand the intricacies of the methods and techniques of biostatistics and thus can use it in the problem solving.

 

ISBN: 978-967-0524-53-5                      Price: RM52.00

SUKARELAWANAN ISU DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT

Pengarang: Nazilah Ali

 

Buku ini memperkenalkan tentang sukarelawan, kesukarelawanan dan pertubuhan sukarela serta perkara-perkara asas yang berkaitan dengan kesukarelawanan. Ia juga memberi panduan bagaimana untuk mendorong masyarakat terlibat dengan pertubuhan sukarela dan aktiviti kesukarelawanan melalui teori teori terpilih.

 

Kesukarelawanan adalah antara tuntutan dalam hidup. Allah s.w.t. berfirman “ …Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”

(Surah al-Maidah:2).
Mengajak orang lain menyertai aktiviti kesukarelawanan adalah antara pelaburan yang amat menguntungkan. Daripada Abu Hurairah ra, dari Nabi s.a.w., sabdanya : “Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi).

 

ISBN: 978-967-0524-63-4                      Harga: RM28.00

LEARNING THROUGH BLOG WRITING EMBRACING THE TECHNOLOGY

Author: Normaliza Abd Rahim

 

Learning through Blog Writing: Embracing the Technology is the first text to stress the importance of understanding and celebrating difference as a means to becoming a more effective way of using the technology in teaching and learning. This text targets both mainstream language students and non-traditional students who range widely in age, ethnicity, race, religion, social roles and socio-economy status. The text describes basic theory in learning through blog writing, non-technical terms and offers students and educators an abundance of opportunities to analyze, understand, practice, and apply skills to real-life situations.

 

ISBN: 978-967-0524-71-9                      Harga: RM32.00

WACANA BAHASA

Pengarang: Normaliza Abd Rahim

 

Wacana Bahasa menonjolkan pelbagai perspektif terhadap bahasa Melayu. Buku ini mengandungi isi kandungan yang dapat memberikan anjakan paradigma dari aspek wacana bahasa Melayu. Selain itu, buku ini digunakan sebagai rujukan oleh para pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu bahasa dan kesusasteraan dari aspek yang berbeza dan menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di dunia.

 

ISBN: 978-967-0524-76-4                      Harga: RM23.00

STROK RAWATAN CARA BERJALAN BAL EX FOOT

Pengarang: Zuraida Zainun

 

Keseimbangan badan merupakan salah satu sistem tubuh manusia yang penting dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian. Bal Ex Foot merupakan satu inovasi yang dapat membantu pesakit strok atau pesakit yang mengalami masalah kelumpuhan pada sebelah badan. Dengan penggunaan Bal Ex foot dapat membantu cara berjalan pesakit strok dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap keseimbangan badan mereka. Buku ini diterbitkan sebagai panduan atau rujukan kepada pesakit strok dan ahli keluarga serta masyarakat amnya yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknik terkini dalam merawat cara berjalan dan keseimbangan badan.

 

ISBN: 978-967-0524-69-6                      Harga: RM17.00

SYARAHAN TAHUNAN NAIB CANSELOR 2014

Pengarang: Ibrahim Komoo

 

Syarahan Tahunan Naib Canselor 2014 menggariskan hasrat di sebalik penyediaan Pelan Strategik 2013-2017, serta menjelaskan mengenai iltizam penubuhan pusat pengajian dan penyelidikan dan juga hala tuju serta transformasi universiti. Kefahaman yang mendalam membolehkan warga UMT mempunyai keyakinan tinggi demi menjulang kecemerlangan dan kegemilangan universiti.

ISBN: 978-967-0524-44-3                    Harga: RM24.00

ENHANCING COMMUNICATION

Author: Noraien Mansor, Nina Marlini Ahmad, Suria Hani Ibrahim, Wan Nurhafeza Wan Salam, Husna Nurul Izzah Jamaluddin@Noordin and Mohd Zulkanain Mamat

 

Let’s Talk and Let’s Go Global programme is an English language learning programme that aids the students in enhancing their communication skills through various communicative activities and various mode of learning. This monograph investigates whether the implementation of communicative approach and the usage of variety of familiar medium in an English language classroom have an effect on the students’ speaking performance. Let’s Talk and Let’s Go Global programme adopted multi-pronged approach as it used several platforms as mode of learning namely classroom lessons, Facebook interaction, online learning portal, e-mailing and English language slot on local radio station. It is proven that by encouraging the students to be actively involved in their medium communication of their choice but through the use of English language, students can be more motivated and reduce their anxiety in using the second language.

 

ISBN: 978-967-0524-61-0          Harga: RM20.00

PEMBANGUNAN KAPASITI NELAYAN KUALA TERENGGANU UTARA BERASASKAN MODAL SOSIAL DAN EKONOMI

Pengarang: Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail

 

Monograf ini bertujuan untuk menonjolkan pendekatan baru disiplin pembangunan komuniti melaksanakan kajian ke atas sesebuah komuniti berasaskan modal komuniti yang mana memberi kesan langsung ke atas pembangunan komuniti yang bersifat lestari. Monograf ini ditulis berasaskan hasil kajian beberapa objektif kajian dari geran penyelidikan yang bertajuk “Pemprofilan Komuniti Nelayan di Terengganu dalam Konteks Pembinaan Kapasiti Berasaskan Modal Komuniti”. Berasaskan cabutan dari beberapa set data kajian tersebut, monograf ini disusun dalam bentuk objektif khusus, iaitu mengenal pasti pembinaan kapasiti ke atas modal sosial dan ekonomi oleh nelayan.

 

ISBN: 978-967-0524-60-3          Harga: RM20.00

THE EFFECTS OF PRACTICING COMMUNICATIVE APPROACH IN THE TEACHING OF SPEAKING SKILL

Author: Noraien Mansor and Mohd Jalani Hassan

 

The Communicative Approach (CA) had been introduced to the education curriculum through English subject since 1989 in order to achieve the target of producing the manpower that are compatible with the knowledge and also mastery of the communication skill. After more than twenty years of its implementation, it was revealed that there is still a gap between the teaching processes and the achievement of the students’ oral performance. It is being identified that the marks do not reflect students’ actual acquisition level in speaking where students still faced problems in having conversations although they managed to score A in their SPM examination. This monograph had discovered the importance of maintaining the communicative approach (CA) in the teaching of speaking skill among Malaysians’ students.

 

ISBN: 978-967-0524-74-0                      Harga: RM14.00

SENGKETA BAHASA DALAM PERNERBITAN ILMIAH

Pengarang: Noraien Mansor dan Noor Rohana Mansor

 

Keupayaan penulisan dan penerbitan ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana penyampaian ilmu merentas bidang telah terbukti kukuh dan mantap. Bahasa Melayu telah mencapai status bahasa ilmu tinggi tanpa was-was malah seharusnya generasi akademia kini meneruskan kesinambungan berkarya dengan yakin menggunakan bahasa Melayu dalam menyampaikan ilmu menerusi kepakaran dalam bidang mereka. Sengketa Bahasa dalam Penerbitan Ilmiah Bahasa Melayu menerobos polemik bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi yang masih tersisa dalam kalangan ilmuwan negara.

 

ISBN: 978-967-0524-75-7                      Harga: RM11.00

JOURNAL OF BUSINESS AND SOCIAL DEVELOPMENT VOL.2 NO.1 MARCH 2014

 

The Journal of Business and Social Development (JBSD) is specialises in art and applied arts, social and applied sciences, accounting, business and economics. This issue containts 15 articles that related the business and social science’s field.

 

ISSN: 2289-2915                       Price: RM30.00

JOURNAL OF BUSINESS AND SOCIAL DEVELOPMENT VOL.2 NO.2 SEPTEMBER 2014

 

The Journal of Business and Social Development (JBSD) is specialises in art and applied arts, social and applied sciences, accounting, business and economics. This issue containts 10 articles that related the business and social science’s field.

 

ISSN: 2289-2915                       Price: RM29.00

JOURNAL OF SUSTAINABILITY SCIENCE AND MANAGEMENT VOL.9 NO.1 JUNE 2014

 

The biannual Journal of Sustainability Science and Management (JSSM) focus on ecology, social economics and management, natural conversation and sustainable development. This issue containts 16 articles that related the sustainability science’s field.

 

ISSN: 1823-8556                       Price: RM36.00

JOURNAL OF SUSTAINABILITY SCIENCE AND MANAGEMENT VOL.9 NO.2 DECEMBER 2014

 

The biannual Journal of Sustainability Science and Management (JSSM) focus on ecology, social economics and management, natural conversation and sustainable development. This issue containts 10 articles that related the sustainability science’s field.

 

ISSN: 1823-8556                       Price: RM33.00

PEMBUDAYAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU TINGGI

Pengarang: Noor Rohana Mansor dan Ibrahim Komoo

 

Tsunami bahasa melanda negara apabila bahasa Melayu tercabar dan terpinggir kedudukannya dalam gelombang pendidikan negara dengan keutamaan diberi kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan antarabangsa. Justeru perjuangan memartabatkan dan membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi menjadi fokus perbincangan bagi menjelaskan fungsi dan peranan serta status pencapaian kesarjanaan akademia bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi negara. Cabaran dan strategi tindakan bagi merealisasikan pembudayaan dan pengilmuan bahasa Melayu ilmu tinggi turut dipapar dan digarap bagi kelangsungan agenda perjuangan kesarjanaan akademia bahasa Melayu ke mercu jaya.

 

ISBN: 978-967-0524-72-6                      Harga: RM18.00

KESELARASAN BIDANG SOSIAL BERDASARKAN TEORI HOLLAND

Pengarang: Abdul Hanid Halit dan Awang Koding Che Tom

 

Monograf ini dihasilkan berdasarkan kajian yang bertajuk “Model Keselarasan Personaliti Dengan Persekitaran Bidang Sosial dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam Berdasarkan Teori Holland”. Subjek terdiri daripada 229 orang pelajar Tingkatan Enam rendah yang terdiri daripada enam buah sekolah di daerah Kuala Terengganu. Instrumen Self Directed Search (SDS) digunakan untuk mengukur enam personaliti yang terdiri daripada Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan Convensional (RIASEC). Data yang dikumpul dan dianalisis menggunakan korelasi Spearman dan Ujian Mann Whitney dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science) versi 20. Sebagai rumusan akhir, kajian ini telah berjaya mencapai tujuannya dan menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan. Berdasarkan dapatan keselarasan personaliti pelajar yang dikaji menunjukkan terdapatnya keselarasan kerjaya yang menyokong saranan teori Tipologi Kerjaya Holland (1973, 1978, 1985). Beberapa implikasi kajian dan cadangan-cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji. Dengan ini, kajian telah berjaya memperoleh dapatan yang bermakna dan berjaya menjawab kesemua persoalan kajian yang dikemukakan.

 

ISBN: 978-967-0524-70-2                      Harga: RM20.00

BAHASA MELAYU DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI NEGARA

Pengarang: Noor Rohana Mansor dan Hamdan Azmi Abd. Aziz

 

Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu negara tidak pernah padam. Sistem pendidikan negara sentiasa dipantau ke arah keselarasan pelaksanaan kurikulum dengan fungsi dan matlamat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terlaksana dalam konteks pendidikan negara. Monograf ini meneroka sudut pandang dalam kalangan ahli akademik tentang kemampuan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar utama ilmu di institusi pengajian tinggi khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi. Monograf ini turut meninjau tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai medium utama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di samping meneliti kekangan-kekangan yang menghalang usaha untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serta mencadangkan resolusi kepada isu dan permasalahan yang timbul.

 

ISBN: 978-967-0524-73-3                    Harga: RM20.00