Secanting Kata Pengarah Penerbit UMT

Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ialah sebuah pusat yang dipertanggungjawabkan oleh UMT untuk melaksanakan dasar penerbitan yang telah ditetapkan dan mengurus semua hal berkaitan dengan penulisan dan penerbitan ilmiah serta penerbitan korporat universiti.

Penerbitan yang lahir dari sesebuah institusi merupakan satu wadah yang menghubungkan cetusan ilham dan ekspresi karya serta kekayaan ilmu komuniti tersebut dengan masyarakat luar. Menerusi penerbitan, ilmu yang diterokai oleh para penyelidik dan ilmuwan akan dapat didokumentasikan dalam bentuk kekal lalu dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya.

Hasil terbitan yang berkualiti akan menjadi sumber rujukan dan panduan bukan sahaja bagi masyarakat tempatan malah akan dihayati oleh pembaca luar.

Dengan slogan “Menjana Khazanah Ilmuwan”, Penerbit UMT berhasrat untuk mewarnai kanvas dunia penerbitan  dalam pelbagai bidang ke peringkat lokal dan global.

Profesor Madya Dr. Che Hasniza Che Noh
niza@umt.edu.my
09-6685910