Penerbit UMT telah menganjurkan Hari Bersama Pelangan pada 8 Mac 2023 dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan juga sebagai medan pertemuan empat mata bersama para pelanggan. Selain khusus kepada hal ehwal penerbitan, Hari Bersama Pelanggan ini turut dimeriahkan dengan aktiviti jualan rahmah merangkumi jualan pakaian terpakai dan jualan makanan ringan. Program yang julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga UMT dan akan diteruskan pada masa kaan datang.