Entiti penerbitan ini digagaskan dengan pembentukan Jawatankuasa Penerbitan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 27 April 2002 yang diluluskan oleh mesyuarat senat pada tahun tersebut.

Pada Julai 2003, Unit Penerbitan telah ditubuhkan dengan ditempatkan di bawah Pejabat Rektor, tiga tahun kemudian unit penerbitan ini telah dinaik taraf daripada sebuah Unit kepada sebuah organisasi yang bertaraf Bahagian melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif KUSTEM pada 20 Februari 2006.

Serentak dengan itu juga ia turut dikenali sebagai Penerbit KUSTEM di bawah seliaan Pejabat Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan dengan menumpukan tugasnya dalam penerbitan ilmiah.

Selaras dengan penjenamaan semula KUSTEM kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 1 Februari 2007, Penerbit KUSTEM turut dijenamakan semula sebagai Penerbit UMT.