Pengarang Buku, Profesor Dr. Shamsul Bahri Abdul Razak telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Penerbitan Buku sempena Anugerah Akademik Negara ke-15 yang telah berlangsung pada 31 Oktober 2023.

Pengiktirafan tersebut diperoleh menerusi penerbitan buku Kelulutologi yang diterbitkan oleh Penerbit UMT pada tahun 2021. Naskhah tersebut ditulis berdasarkan pengalaman beliau melakukan penyelidikan mengenai kelulut selama 10 tahun.

Pengiktirafan tertinggi kerajaan yang diberikan kepada ahli akademik negara ini secara tidak langsung menonjolkan prestij Penerbit UMT yang terbukti mampu menerbitkan karya yang bermutu tinggi.