History and Publication Focus

Penubuhan Unit Penerbitan bermula pada tahun 2003 kemudian berkembang menjadi Penerbit UMT pada tahun 2007. Setelah lebih dua dekad penubuhan, Penerbit UMT semakin matang dalam menerbitkan judul-judul yang berkualiti dan memanfaatkan pembaca dari pelbagai latar belakang. Seiring dengan kerancakan ekosistem perbukuan negara, Penerbit UMT turut menerbitkan buku kanak-kanak dan karya popular namun tidak mengetepikan aspek keilmuwan dalam setiap naskhah yang diterbitkan.

 Selain menerbitkan buku-buku ilmiah, Penerbit UMT juga mengendalikan penerbitan enam jurnal utama yang diindeks di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Jurnal-jurnal ini menghimpunkan makalah penyelidikan dalam bidang sains, matematik, maritim, sains sosial dan juga pengurusan.