Perutusan Pengarah

Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) melaksanakan dasar penerbitan dan menguruskan semua perkara berkaitan penulisan, penerbitan ilmiah serta penerbitan korporat universiti.

Penerbitan merupakan medium penting untuk menyampaikan karya ilmiah, mengungkapkan idea intelektual, dan berkongsi kekayaan ilmu warga institusi dengan komuniti yang lebih luas. Melalui penerbitan, ilmu yang dihasilkan oleh para penyelidik dan saintis dapat didokumentasikan secara kekal dan dimanfaatkan oleh masyarakat secara menyeluruh.

Penerbitan yang berkualiti tinggi berfungsi sebagai sumber rujukan yang berwibawa dan panduan yang bernilai, bukan sahaja kepada komuniti setempat, malah kepada para pembaca dan sarjana dalam pelbagai bidang.

Berlandaskan slogan “Menjana Khazanah Ilmuwan”, Penerbit UMT komited untuk memperkukuh keterlihatan dan penjenamaan Penerbit UMT di peringkat nasional dan antarabangsa.

 

Profesor Madya Dr. Che Hasniza Che Noh
pengarah.penerbit@umt.edu.my
09-6685910